Pesta Buku Kuala Lumpur 2024 sasar 1.5 juta pengunjung

Pesta Buku Kuala Lumpur 2024 sasar 1.5 juta pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Penantian peminat buku dan industri perbukuan yang asyik tertanya bila program Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) diadakan kini berakhir apabila program tahunan itu akan bermula 24 Mei hingga 2 Jun ini.

Penganjur program tersebut masih memilih Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) sebagai lokasi penganjuran PBAKL lokasi, sama seperti tahun tahun sebelum ini.

PBAKL 2024 atau PBKL ke-41 akan diisi dengan pelbagai acara antaranya ASIAN Rights Fair yang mempamerkan karya-karya sastera penulis rantau Asia Tenggara, Forum Hak Antarabangsa, gerai untuk penerbit atau pemilik kandungan, padanan perniagaan, Lounge Perdagangan ARF Trade and Country Presentation , pameran buku, demonstrasi budaya, dan ceramah.

PBAKL merupakan acara utama tahunan dalam kalendar penerbitan tempatan yang utama dan terbesar. Kementerian Pendidikan menerusi Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) merupakan pengelola PBAKL dengan kerjasama enam persatuan industri buku Malaysia. Program berkenaan turut menyumbang kepada pertumbuhan industri buku tempatan. Antaranya adalah jumlah kedai buku dan penerbit tempatan yang mula meningkat selepas pasca Covid-19.

Ini dibuktikan dengan peningkatan tempahan reruai yang signifikan bermula pada 2022 iaitu 546 reruai, 2023 dengan 814 reruai dan kini tempahan menjadi 972 reruai.

Peningkatan tersebut bukti bahawa syarikat penerbit dan agensi terbitan kerajaan terus berdaya maju dalam ekonomi perbukuan. Maka, pesta buku dalam talian menjadi titik tolak perubahan model perniagaan perbukuan negara ketika Covid-19 melanda pada tahun 2020. Ia merupakan langkah drastik dan berani diambil oleh penganjur apabila rakyat Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani penularan Covid-19.

Jumlah penerbit yang menyertai platform e-dagang Shoppe pula bertambah saban tahun sehingga edisi kali ke-41 ini dengan cara hibrid semenjak 2022, Pada edisi kali ini, Sabah akan menjadi negeri tamu membolehkan negeri ini menjadi medium untuk memperkenalkan dan mempromosikan sastera serta budaya Sabah dengan lebih mendalam kepada pengunjung.

Tiga set pentas aktiviti yang menampilkan pelbagai program dan acara yang menarik iaitu Pentas Utama, Pentas Dunia Buku dan Pentas Dunia Ilmu .

Pentas-pentas ini akan menjadi medan pelbagai persembahan dan acara diadakan termasuk sesi persembahan penulis terkenal, wawancara, perbincangan panel dan acara budaya.

Dalam pada itu satu Program VIP Buyer program yang menyediakan akses eksklusif untuk mendapatkan bahan bacaan secara pembelian VIP. Pengunjung hanya perlu hadir ke reruai dan imbas QR code bagi judul-judul buku yang dihajati. Semua pesanan yang diterima oleh pembeli akan diurus oleh staf VIP Buyer sementara pembeli menunggu ketibaan pesanan di ruang rehat VIP yang disediakan.

Kesimpulannya, PBAKL ke-41 akan menjadi acara yang tidak boleh ditinggalkan bagi pencinta buku dan pembaca di Malaysia dan ASEAN.

PBAKL adalah medan buat semua pencinta buku yang terdiri daripada pelbagai lapisan kepercayaan dan fahaman.

Ia menjadi ruang yang penting bagi penerbit dan penulis dari rantau ini untuk mempamerkan karya mereka dan berhubung dengan pembaca. Beberapa negara luar turut menyertai PBAKL 2024 antaranya termasuklah

Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, India, China dan Taiwan. PBAKL merupakan acara utama tahunan dalam kalendar penerbitan tempatan yang utama dan terbesar. Salah satu programnya adalah TV Pusat

Sumber Sekolah Malaysia; melestarikan Kemenjadian Murid. TV PSS dapat mengembangkan kemahiran dalam bidang penyiaran, penulisan skrip, penyuntingan video, dan kemahiran komunikasi lain yang penting dalam era digital kepada murid.

Selain itu, penglibatan murid dalam proses pembuatan liputan memberi mereka peluang untuk menyelidik, mewawancara, dan menganalisis isu-isu penting dalam komuniti mereka, menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan relevan. Ini juga dapat meningkatkan kepercayaan diri, kreativiti, dan rasa tanggungjawab dalam diri murid, serta memberi peluang untuk menyumbang kepada persekitaran pendidikan secara positif. Menurut

Pengerusi Pengelola PBAKL, Khair Ngadiron sejak dimulakan pada 1981, program tersebut memberi kesan yang besar kepada komuniti pembaca dan industri buku tempatan dan merekodkan lebih daripada 1.5 juta pelawat secara purata dari tahun 2008 hingga kini.

“Ia juga membantu mempromosikan penulis dan penerbit tempatan dengan memberikan platform kepada penerbit antarabangsa untuk mempamer dan memperdagangkan buku terbitan mereka, “ ujarnya kepada Mingguan Malaysia.

Dalam pada itu Sabah adalah negeri tamu yang akan mempamerkan karya dan budaya mereka di pavilion negeri berkenaan. Gimik pelancaran disempurnakan Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan 29 pada April lalu manakala perasmian dijangka dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Mei dan penutupan dijangka oleh Menteri Pendidikan , Fadhlina Sidek pada 2 Jun.

Mengenai harga buku yang didakwa dijual mahal pada setiap kali penganjuran PABKL Khair berkata, penerbit buku masih memberikan harga kompetetif walaupun kos penerbitan seperti harga kertas, dakwat serta penyelenggaraan sentiasa naik setiap tahun.

“ PBAKL kekal relevan dan penting kerana ia menyediakan platform untuk penulis, penerbit, dan pembaca bertemu serta bertukar-tukar pandangan ujarnya .

“Ia juga mempromosikan budaya membaca dan penulisan dalam masyarakat, memberi peluang kepada penulis baharu untuk mendapatkan pengiktirafan, dan menghubungkan pembaca dengan karya-karya terkini,” ujarnya lagi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN