KADAR kesuburan (TFR) di Malaysia mencatatkan penurunan yang membimbangkan bermula 2013 jika dibandingkan sejak 1970. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, pada tahun lalu mengeluarkan kenyataan bahawa kadar kesuburan Malaysia kini mencapai tahap di bawah paras penggantian bermula 2013. Sekali gus beliau menyimpulkan bahawa kadar kesuburan, kelahiran hidup dan kematian rakyat Malaysia menurun pada 2022. Penurunan kadar kesuburan akan mengganggu sistem demografi yang mana boleh menjejaskan kadar penuaan,…