TIDAK dapat dinafikan untuk sekian lamanya semenjak penubuhannya, Malaysia dinaratifkan sebagai negara pelbagai etnik dengan kerencaman budaya dan agama di dalamnya. Ia benar pada satu segi sahaja. Pada segi yang satu lagi, Malaysia, khususnya Semenanjung ini adalah milik etnik Melayu sepenuhnya. Walaupun demikian, ini sama sekali tidak bermakna pelbagai etnik lain yang wujud bersama-sama etnik Melayu sebagai penduduk asal selain kelompok majoriti lagi dominan, tiada tempat mereka di dalam negara bertuah ini.…










