DALAM sistem politik demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara kita, persaingan mendapatkan kuasa oleh parti-parti politik untuk membentuk kerajaan adalah perkara lumrah. Persaingan mendapatkan kuasa dari rakyat biasa akan terserlah apabila Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan. Selepas pilihan raya biasanya persaingan merebut kuasa akan reda sekiranya parti atau gabungan parti politik yang membentuk kerajaan mendapat undi majoriti dan kerajaan itu pula dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik dan cemerlang. Keadaan sebaliknya…










