Isu bangsa, ekonomi petunjuk pengundian

Isu bangsa, ekonomi petunjuk pengundian

RAIS YATIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH

APA kata TAN SRI DR. RAIS YATIM, 82, pemimpin banyak pengalaman yang pernah bekerja dan berkhidmat dengan semua Perdana Menteri mengenai pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu 11 Mei ini?

Seperti biasa, bekas Yang Dipertua Dewan Negara ini gemar berterus terang, apa lagi apabila melibatkan kepentingan umat Melayu Islam. Kepada wartawan Utusan Malaysia, ZULKIFLI JALIL semalam, beliau mengolah signifikan PRK itu yang pertama berlaku selepas enam pilihan raya negeri (PRN) berlangsung 12 Ogos tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

 

SIAPA MERAJAI KUALA KUBU BHARU?

Biasanya dimonopoli oleh pihak berkuasa kerajaan sebab kemudahan-kemudahan biasa ada di dalam tangan mereka. Namun Kuala Kubu Bharu nampaknya mempunyai majoriti Melayu. Sentimen peralihan saya rasa mungkin dizahirkan lebih tinggi daripada luahan kemudahan kewangan dan lain-lain. Oleh itu, sangat mustahak bagi orang ramai atau pengundi mengemukakan satu pendirian yang jelas. 

Pertama, terhadap kerajaan yang sedang memerintah berkaitan kos hidup, nilai-nilai kemasyarakatan yang sudah luntur selain daripada janji-janji kosong yang dihamburkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)  lalu. Saya menganggap PRK ini mesti jadi barometer yang jelas sekiranya hak-hak rakyat nak dibela selepas ini.

Kedua, jika PRK ini hanya macam biasa, ambil hadiah dan pilih mengikut hadiah, mungkin menjadi masalah besar kepada pihak yang membangkang. Tetapi saya merasakan dalam hati kecil nulari pemilih sekarang (sama ada Barisan Nasional atau Perikatan Nasional) mungkin tidak wujud secara merata.

Rakyat sekarang saya duga boleh menterjemahkan nilai hidup, kos hidup, janji kosong dan sedikit keislaman, hak Melayu yang dibicarakan oleh banyak masyarakat pada hari ini.

Akhirnya saya juga mendapati sebanyak sedikit kepentingan orang Melayu masa depan itu menjadi tanda penunjuk kepada pengundian 11 Mei. Sebab sekiranya apa yang dianggap sebagai isu-isu bangsa dan isu ekonomi tidak muncul, maka kita akan berlarutan dengan kemelut yang akan membawa masalah besar lagi kepada negara. Ini akan merugikan khususnya orang Melayu.

 

MELAYU RUGI, KENAPA?

Sebab masyarakat Tionghoa dengan adanya DAP  sekarang mereka berada di tebing kuasa dan ekonomi teguh. Tetapi orang Melayu kita dapati sejak dua tahun kebelakangan ini makin lama makin merosot. Kedudukan mereka hibah, ringgit jatuh hingga hampir paras RM5 untuk satu USD. Import luar negara adalah sesuatu yang sangat menderitakan rakyat hari ini terutama berhubung makanan yang diimport dan bahan diimport serta nilai ringgit yang tidak dapat lagi menjamin kehidupan mereka.

Ini harus diterjemahkan oleh rakyat. Tetapi kalau senario biasa bagi kain sarung, bagi duit maka pilih pihak yang berkuasa, maka hujah kita untuk bawa demokrasi yang berwajah baharu tidak akan tercapai.

Namun saya lebih berat kepada penyuaraan rakyat membawa kepada perubahan dan untuk parti parti pembangkang mempunyai telapak baharu. Ini rumusan saya dapat buat.

Membawa nisbah kemelayuan itu sekarang tidak boleh kita tolak secara remeh kerana orang Melayu mengalami perpecahan yang paling dahsyat semenjak dua tahun kebelakangan ini. 

Jadi dengan adanya Kuala Kubu Bharu, membawa semangat baharu. Maka sekurang-kurangnya generasi baharu ini berfikir sedikit.

PRK ini sebenarnya menduga setakat mana kita berupaya untuk berfikir membawa perubahan supaya kuasa itu dapat diimbangi. Itu yang penting pada penilaian kita setakat ini.

 

GELANGGANG SEBENAR DAP

DAP sekarang baru masuk gelanggang yang sebenar. Orang Melayu khasnya tidak boleh dikatakan tidak boleh cerita soal bangsa. Akhirnya untuk dikatakan tidak boleh diremehkan isu bangsa dalam mengimbangi kuasa dalam negara dan negeri. Pada masa inilah orang Melayu kena fikir secara mendalam dan meluas supaya perimbangan ini wujud di Selangor.

Kalau tengok nisbah kerusi, kalau Kuala Kubu Bharu boleh terjemahkan mesej ini, saya kira demokrasi hidup subur.

 

SIGNIFIKAN PRK 11 MEI

 Signifikan PRK ini besar. Kita sudah tengok apa DAP buat, apa DAP sudah cakap berhubung dengan sosiobudaya, kepimpinan dan beraninya mereka menyuarakan hal-hal yang dulu mereka tidak berani.

Jadi, orang Melayu kena berfikir, perimbangan mesti diwujudkan di Kuala Kubu Bharu untuk memberi satu isyarat bahawa orang Melayu itu tetap Melayu. Ada kuasa politik dan terjemahkan secara bersekutu. Generasi baharu kena berkembang seperti ini.

 

SURVIVAL POLITIK MELAYU

Dalam soal sekarang, orang Melayu jangan utamakan perpecahan asalkan orang Melayu ada tempat dalam sistem legislatif Selangor pada saya sudah cukup. Pada saya sudah sampai masa orang Melayu tidak perlu cakap tentang parti itu, parti ini asalkan parti itu Melayu berfikirlah kita panjang.

Saya bercakap ini dalam pendek kata vakum. Kalaulah Bersatu bertanding, UMNO bertanding, saya kira hal ini menyebabkan perpecahan Melayu terus berlaku.

Tetapi pemimpin dua parti ini tidak berfikir ke arah itu. Amat baik kalau sekarang ada sepakat antara UMNO, Bersatu dan Pas. Tonjolkan secara diam-diam, yang lain tak tanding. Itu yang terbaik.

Kalau semua bertanding, tak adalah apa yang saya sebut ini menjadi realiti, sekali lalu sahajalah. Perpecahan Melayu akan terus berlaku menerusi parti politik.

Masanya sudah sampai bagi celik pandai dan pemikir Melayu untuk memikirkan tentang survival politik Melayu menerusi Kuala Kubu Bharu.

Kalau di PRK nanti orang Melayu bertanding dan merupakan ahli bersatu, baiknya UMNO jangan bertanding. Kalau UMNO dapat congak lebih diterima di Kuala Kubu Bharu, maka Bersatu jangan bertanding. Itu dari segi bangsa kita, perjuangan kita sebab suatu hari pada saya UMNO dan Bersatu kena bercantum balik. Mereka itu berpecah dahulu atas gara-gara perbalahan pimpinan, gara-gara dasar. Oleh itu mereka boleh bersatu balik dan saya kira Zahid Hamidi merupakan satu hadangan itu sahaja. Kita kena berubah cara berfikir, bukan pada parti. Apa yang berbezanya Zahid Hamidi dengan Muhyiddin Yassin itu dia.

Oleh itu rumusan kena dibuat dan berani untuk dikatakan. Orang kampung kata  kalau dah orang Melayu itu, tak kira parti apa ambillah. UMNO dan Bersatu cuba berunding diam-diam boleh tak? Ini satu kemungkinan yang terbaik, tidak melibatkan banyak peringkat. Cuma bersiap untuk dua penghulu ini berunding dan menzahirkan pandangan.

Saya menyebelahi masyarakat Melayu pada masa depan bermula dengan Kuala Kubu Bharu. Jika tidak, kita akan berpecah terus dan tidak ada lagi masa kita menuai padi kesatuan kita.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini