KEHILANGAN Pulau Batu Puteh apabila diserahkan kepada Singapura pada 2008 adalah tragedi yang sepatutnya menyentap ‘tidur’ dan memberi pengajaran kepada semua pihak. Banyak iktibar perlu diambil daripada keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda itu termasuk menginsafi sesuatu kegagalan yang ada masanya terpaksa dibayar dengan harga yang tidak ternilai termasuk kedaulatan negara. Kini kisah Batu Puteh muncul lagi. Kali ini berkait tindakan kerajaan mengemukakan permohonan semakan ke atas…