PEMBULIAN atau pun penderaan yang sering didengari selalunya berkisar di pekarangan sekolah melibatkan budak lasak dan nakal dalam belasan tahun. Ia sudah menjadi masalah sehingga dikatakan dapat mencacatkan proses pendidikan. Pelbagai langkah disarankan, namun tewas. Buli juga pernah terkait dengan para professional lain, apabila yang muda dan baru masuk kerja atau latihan didera oleh yang lebih kanan dan berpengalaman. Sehingga ada laporan membunuh diri. Atau tertekan perasaan lantas menjejas perkhidmatan…