TERAKHIR ini kita mendengar perbincangan di luar ekosistem akademik, apabila sejarawan barat memberi pandangan bahawa pakar universiti tempatan menulis dengan fakta mengenai sejarah maritim Melayu yang salah dan mengelirukan. Ada dua perkara yang diperkatakan, pertama, fakta tersebut bercanggah daripada pandangan beliau. Kedua, tulisan tersebut diterbitkan dalam jurnal yang tidak berwibawa. Pandangan beliau sudah menjadi perdebatan awam kerana terdapat akhbar tempatan yang menjadikannya bahan berita tanpa membuat penyiasatan atau mendapat maklum balas daripada pakar tempatan terlebih dahulu. Sebetulkan kajian dan terbitan akademik perlu diulas dan diperdebatkan dalam ekosistem ilmuwan, inilah tradisi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya