KES jenayah seperti membunuh, menculik, merompak dan merogol yang berlaku di negara kita dilihat semakin membimbangkan dan mula mengancam kehidupan anggota masyarakat. Statistik yang terkumpul membuktikan perkara ini, misalnya pihak polis merekodkan purata sebanyak lima kes bunuh dalam seminggu bagi tempoh tiga tahun sejak 2021 hingga tahun lalu. Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, sebanyak 741 kes bunuh direkodkan sepanjang tempoh tiga tahun tersebut. Berlaku peningkatan kes bunuh…










