KHIDMAT runding cara keluarga adalah salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) untuk umat Islam. Perkhidmatan ini ditawarkan melalui Unit Runding Cara yang menguruskan aduan rumah tangga dan kekeluargaan yang melibatkan isu pernikahan, perceraian, rujuk dan pelbagai aduan mengenai krisis rumah tangga. Dalam kata-kata lain, sekiranya kita mengalami konflik rumah tangga dan tiada tempat untuk dituju bagi membantu kita keluar daripada permasalahan itu, kita boleh merujuk…










