HARI ini bermulanya satu lagi Kongres Ekonomi Bumiputra (KEB). Sebelum itu, elok menoleh kebelakang sejenak untuk melihat apa yang telah berlaku untuk mengambil iktibar sebanyak yang dapat. Misalnya, kali pertama kongres ini diadakan adalah pada 1965, hampir 60 tahun yang lalu. Satu julat masa agak lama dan bermakna. Dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) merupakan satu hasil terpenting ekoran perjumpaan yang melibatkan hanya 500 orang wakil dari semua negeri di Malaysia.…