HARI ini Universiti Utara Malaysia (UUM) menyambut ulang tahun ke-40. Jika pada 1984, UUM menerima kemasukan 325 pelajar, hari ini enrolmen pelajar sudah mencecah 32,000 pelajar. Pada 1984, bilangan pensyarah UUM hanya sekitar 42 orang dan kakitangan pentadbiran 143 orang, kini bilangan pensyarah mencecah 1,200 manakala staf pentadbir 1,700. Terima kasih khususnya kepada Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Tinggi yang berterusan dari dulu hingga sekarang sentiasa menyokong usaha menjadikan UUM…










