ILMU umpama pelita yang menerangi jalan hidup. Tanpa ilmu, kita ibarat berjalan dalam kegelapan, lalu teraba-raba mencari arah tuju. Apa yang dibuat serba tak kena kerana tidak tahu caranya. Lebuh sempit kuda penyepak, jalan licin tebing berkelok. Ilmu penunjuk jalan lurus agar kita tidak tersesat dan tersasar. Ilmu juga menolong kita melaksanakan apa sahaja yang dikerjakan dengan baik, cekap dan teratur mengikut aturannya. Tidaklah nanti, hati gatal mata digaruk. Atau…










