SEHINGGA kini, pelbagai penambahbaikan kurikulum pengajian dilakukan di peringkat kursus-kursus pengajian di institut pengajian tinggi. Antara salah satu inisiatif yang dilakukan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) adalah konsep Pengajaran Kolaboratif. Konsep ini yang juga dikenali sebagai team-teaching atau co-teaching, merujuk kepada pendekatan kolaborasi pengajaran yang melibatkan beberapa tenaga pengajar dalam kalangan pensyarah di universiti mahupun rakan industri bersama beriringan untuk memudahcara pengajaran, mendidik, membimbing dan melatih pelajar bagi memperkasa pembelajaran…










