BAHASA menggambarkan bangsa. Justeru, perbendaharaan kata sesuatu bahasa dapat memberi gambaran budaya, tatasusila serta sikap anak bangsanya. Inilah cerminan nilai-nilai penting yang menjadi jiwa kepada sesuatu bangsa itu. Umpamanya, tidak semua bahasa mempunyai perkataan yang membawa maksud yang sama seperti perkataan sejahtera dalam bahasa Melayu. Maksud sejahtera mempunyai konteks yang luas dan holistik, merangkumi hubungan manusia dengan Tuhan, sesama manusia dan alam secara keseluruhannya. Ia bukan sekadar ketenteraman dan kekayaan…










