Taktikal ampuh Pan Gon dipertaruh cipta sejarah bola sepak kebangsaan

Taktikal ampuh Pan Gon dipertaruh cipta sejarah bola sepak kebangsaan

DENGAN sentuhan dan magik Kim Pan Gon, tidak mustahil skuad Harimau Malaya akan mara ke kelompok 16 pasukan terbaik Bola Sepak Asia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEMENJAK daripada awal lagi saya sudah dapat menjangkakan Kim Pan Gon antara ketua jurulatih terbaik setakat ini yang pernah dimiliki oleh skuad bola sepak kebangsaan. Magisnya kini semakin mula digeruni oleh gergasi bola sepak Asia yang turut menjadi perhatian Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Lebih tertarik lagi, idea dan falsafah yang ditanam dengan semangat patriotisme tinggi ke atas para pemainnya.

“Kami bukan sahaja bermain bola tetapi membawa nama Malaysia di pentas besar Asia. Malah kami hormati sejarah akan tetapi tetap ingin mencipta sejarah kerana ini adalah pasukan baharu dan jurulatih yang baharu,” kata Pan Gon.

Memasuki tahun baharu serta menjelang Kejohanan Bola Sepak Asia merupakan detik penting dan paling mendebarkan buat diri Pan Gon. Pun begitu, kami percaya taktikal ampuhnya sekali lagi menjadi pertaruhan dalam berdepan pasukan bola sepak gergasi Asia di kumpulan D seperti Jordan, Bahrain dan Korea Selatan.

Kombinasi para pemain antaranya Arif Aiman, Faisal Halim serta kemasukan pemain naturalisasi baharu, Romel Morales sambil dibantu Paulo Josue mampu menghadirkan kekuatan buat pasukan Harimau Malaya disamping memiliki kelebihan kelajuan melakukan serangan balas yang dapat memerangkap pasukan lawan bagi menghasilkan gol. Lebih meyakinkan lagi kini Pan Gon telah mempersiapkan benteng di barisan pertahanan agar berprestasi tinggi dan berdisiplin sepanjang permainan.

Tidak mustahil skuad Harimau Malaya akan mara ke kelompok 16 pasukan terbaik Bola Sepak Asia. Andai kata impian tersebut dapat direalisasikan, ia tetap merupakan satu sejarah biarpun terkandas di peringkat pusingan kalah mati. Jika berjaya melepasi ke peringkat semi final lagilah sejarah gilang gemilang buat Pan Gon dan anak buahnya di Qatar.-UTUSAN

MUZAKKIR HARON
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN