KERAJAAN Kelantan mengumumkan 2024 sebagai Tahun Melawat Kelantan (TMK) dengan menyasarkan 10 juta pelancong domestik dan luar negara akan berkunjung ke negeri ini. Sasaran itu diyakini mampu dicapai menerusi pelbagai program yang sudah dirancang dan disusun sepanjang tahun ini, jika tiada halangan seperti wabak penyakit atau perkara-perkara lain. Bagaimanapun, TMK berdepan cabaran getir apabila rakyat Malaysia dilihat lebih ‘berselera’ menjadikan Thailand khususnya Hatyai sebagai destinasi pelancongan. Situasi itu ada asasnya…










