APABILA saya membuat liputan ketibaan sekumpulan 36 imam dari 14 wilayah China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang baru-baru ini, saya teringat kembali pengalaman berada di negara tersebut. Uniknya kerana di sana pelancong Malaysia beragama Islam tidak perlu risau mengenai isu lokasi masjid atau restoran tempatan yang menyediakan menu halal kerana ia bukan nadir. Dianggarkan ada lebih 30 juta umat Islam di China yang meliputi 55 suku kaum…










