SEHINGGA kini, istilah ‘keling’ masih disalah guna untuk tujuan menghina sehingga makna sebenar yang positif sudah dilupakan. Dalam pada itu, Kamus Dewan sekali pun tidak memberikan satu lagi takrifan ‘keling’ yang amat dibanggakan etnik Iban atau Dayak Laut di Sarawak. Penduduk asli itu pula dahulu dikaitkan dengan budaya pemburu kepala dan amat digeruni. Topik ‘keling’ dan ‘pemburu kepala’ yang sinonim dengan orang Iban membuka peluang kepada saya untuk berbual dengan…










