UNGKAPAN ‘Raja dan rakyat berpisah tiada’ sudah sebati dan sinonim dengan manifestasi hubungan akrab Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan rakyat jelata di Pahang, menggambarkan keprihatinan Tuanku menjaga kebajikan rakyatnya. Maka tanggal 30 Januari ini genap lima tahun Tuanku Al-Sultan Abdullah ‘permata hati’ rakyat Pahang yang bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan sebagai Ketua Negara. Sepanjang tempoh tersebut, Tuanku menempuh pelbagai peristiwa dan badai gelora termasuk kemelut politik tanah…










