KEPUTUSAN Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) terbaharu menunjukkan penurunan prestasi bagi Malaysia. Antara faktor dikatakan membawa kepada kemerosotan ini adalah kekangan pembelajaran dan pengajaran sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat ancaman Covid-19. Bukan sahaja Malaysia, beberapa negara lain juga menunjukkan kemerosotan. Persoalannya, bagi Malaysia, adakah ia perlu diberi perhatian? PISA membolehkan negara membandingkan prestasi pelajar dari negara-negara lain yang mengambil bahagian. Tidak dapat dinafikan perbandingan global ini memberikan pandangan tentang…










