KEMENANGAN calon Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman dengan slogan Calon Perdana Menteri adalah satu mesej besar kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Mesejnya jelas, kini Pas, bukan Bersatu adalah ‘abang besar’ dalam Perikatan Nasional (PN). Bersatu kini adalah jaringan terlemah dalam PN dan Bersatu kini sudah hilang jawatan calon Perdana Menteri yang sebelumnya dipunyai olehnya kepada Pas. Sebelum ini, jawatan calon Perdana…










