‘Sebab itu saya benci parasit, zionis, dedalu, benalu, bendalu’ - Utusan Malaysia

‘Sebab itu saya benci parasit, zionis, dedalu, benalu, bendalu’

Gambar - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALAU duduk di kampung, pastinya kita selalu jumpa bendalu atau ada juga yang sebut benalu, dedalu, sejenis pokok menumpang.
Kata orang lama, ‘jika ia hinggap di batang, batangnya mati; hinggap di ranting, rantingnya patah’.
Begitulah sifat spesies ‘flora’ parasit yang sewajarnya menjadi pengajaran kepada kita, khususnya dalam menjalani kehidupan seharian.
Akan ada sahaja kita berdepan dengan manusia bersifat sedemikian yang akhirnya mengikis sedikit demi sedikit aturan, wilayah, lingkungan atau juga keseluruhan sistem hidup kita,
Lama-kelamaan jika dibiarkan tanpa tindakan sewajarnya, kita yang terjejas manakala bendalu, dedalu, benalu akan hidup dan menumpang pula pada dahan atau ranting lain.
Sebab itu, dalam kehidupan kita ini, jangan mudah ‘percaya’ kepada sesiapa, takut-takut nanti ‘kehadirannya’ menumpang membawa segala bendalu sebagai ‘penyondol’ yang memusnahkan.
Samalah seperti apa yang berlaku di bumi Palestin ketika ini dan masa-masa lalu. Bagaimana ‘bendalu’ bertukar menjadi ‘iblis’ yang ketawa mengilai menyengsarakan penduduk Palestin. Namakan apa sahaja jenis spesies ‘menumpang’ ini, zionis bagaikan ‘muka tidak tahu malu’.
Sudahlah menumpang merampas tanah-tanah Palestin, ‘mahu makan’ tuan tanah pula. Mulalah mencari sokongan sana sini, mengadu sana sini, kononnya menjadi mangsa keadaan.
Bangsa zionis ini memang hidup begitu. Bertahun-tahun Palestin ditindas ‘dek kerana dedalu’ yang akhirnya memakan seinci demi seinci tanah milik Palestin.
Kini, Gaza dan Tebing Barat sudah menjadi penjara yang besar, yang ‘mengepung’ setiap sudut pergerakan penduduk Palestin. Amat menyedihkan.
Apabila ‘negara haram’ Israel dibentuk dengan sokongan sana sini, segala-galanya sudah tidak lagi mampu untuk berbuat apa-apa. Bendalu, dedalu, benalu sudah lama buat kerja mereka, merapuhkan kekuatan negara Islam.
Ini satu pengajaran buat kita. Berhati-hati dengan spesies sedemikian. Tak kiralah dedalu dalam rumah, dedalu dalam kampung mahupun dedalu di tempat kerja, kita perlu sentiasa berwaspada. Ini kerana golongan tersebut pastinya akan bergembira melihat ‘pohon yang dipaut’ itu melemah, rapuh dan akhirnya ditawan serta mati.
Ketika menuntut di universiti juga begitu. Kalau kita rajin perhatikan, spesies dedalu ini akan cuba merapat dan berpaut kepada mereka yang pantas, rajin menyiapkan tugasan. Apabila sudah siap, dedalu ini akan cuba berpaut, dan akhirnya nama mereka tertera sekali bersama yang tukang siapkan tugasan itu.
Mudah kerja mereka bukan?
Di tempat kerja? Jawab sendirilah. Pandang sahaja kiri kanan depan belakang, pasti jumpa spesies ini. Dalam bahasa saintifiknya dedalu ini ibarat kanser. Kadang kita sedar, kadang kita tak sedar. Alih-alih kita sudah di tahap kritikal.

Metra Syahril Mohamed ialah Penolong Pengarang Berita Utusan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya