DESIRAN ombak menghempas pantai, bersama deru bayu menghembus nyaman, dijajari persekitaran berbukit bukau, menjadikan Kemaman yang terletak di persisiran Laut China Selatan antara daerah paling segar dan indah di Semenanjung. Segar dari segi persekitaran alam, namun dikatakan akan lebih ‘nyaman’ dan menarik jika suasana politiknya berpaut pula pada yang bertunjang kukuh, berdahan merimbun. Pihak yang mengungkap kata-kata ini menjuruskan pengertiannya kepada politik yang berlatar belakangkan pemegang kuasa di peringkat Pusat.…










