SEJARAH tidak membohongi kenyataan. Dan, kenyataan sejarah adalah statik. Tiada siapa yang boleh menafikan dan merubahnya. Nilai ketamadunan bangsa dan tanah air boleh terganggu dan terkeliru jika fakta sejarah diselewengkan manakala, latar belakang sejarah menjadi asas dan tapak bagi mencorak masa depan bangsa dan negara. Misalnya, apa pun perkembangan yang mengguris luka UMNO, parti itu tetap tercatat dalam sejarah politik tanah air yang mengaitkannya dengan perjuangan memerdekakan bumi pertiwi ini.…










