PELBAGAI pandangan diberikan ekoran keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan Yayasan Akalbudi. Antaranya, Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook berkata, demi prinsip keadilan dan akauntabiliti, Peguam Negara (AG) harus memberikan…










