BILA pengundi Cina dan India menjadi majoriti di Parlimen Pulai dengan kadar 53.1 peratus berbanding 46.7 sahaja pengundi Melayu, logiknya hampir mustahil untuk calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kaiat kalah dalam pilihan raya kecil (PRK) kerusi itu pada 9 September ini. Seperti disebut Profesor Madya Dr. Mohd. Yusri Ibrahim dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), semua pemboleh ubah di Pulai (dan Simpang Jeram) memihak kepada PH kerana berdasarkan rekod dalam pilihan…










