KERAJAAN mempunyai peranan besar dalam mentadbir negeri dan negara. Pembangkang mempunyai peranan penting untuk semak dan imbang terhadap tindakan kerajaan. Oleh itu, kerajaan perlu bertindak adil terhadap pembangkang seperti dalam soal keistimewaan dan peruntukan. Tindakan menyekat peruntukan kepada pembangkang adalah satu kezaliman. Negeri dan negara yang tidak mempunyai pembangkang dibimbangi akan bertindak tanpa semak dan imbang, maka ini berbahaya kepada perancangan kerajaan seterusnya memudaratkan rakyat. Pembangkang tidak seharusnya membangkang setiap…