TERDAPAT komen positif dan negatif diberikan pelbagai pihak apabila syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV), Tesla Inc. dari Amerika Syarikat (AS) memutuskan untuk membuka pejabat serantau di Malaysia, iaitu yang pertama di Asia Tenggara. Saluran televisyen Singapura, Channel News Asia (CNA) pada 11 Ogos lalu menyiarkan komen bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraih kemenangan besar bagi menarik pelaburan langsung asing apabila berjaya meyakinkan orang terkaya di dunia, Elon Musk…










