MALAYAN Union yang menekan orang Melayu menyaksikan kebangkitan rakyat sehingga lahirnya UMNO yang berjuang untuk menjaga watan dan ibu pertiwi. UMNO berjaya menyatukan seluruh tenaga rakyat progresif terdiri daripada nasionalis kanan dan kiri Melayu. Biarpun mereka berbeza ideologi serta pendirian tetapi tetap bersama dalam usaha menolak idea penjajah. Semangat kebangsaan yang diperjuangkan oleh UMNO berjaya menyatukan umat Melayu dan mempertahankan hak mereka yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Menjadi…










