SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos ini sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15. Lalu, semboyan dibunyikan bagi parti-parti politik turun gelanggang untuk menunjukkan kejaguhan. Pengundian akan diadakan secara serentak bagi keenam-enam negeri terbabit. PRN kali ini melibatkan Kelantan, Kedah, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Meskipun PRN ini untuk memilih wakil di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tidak berkaitan dengan kuasa menentukan Kerajaan Persekutuan, ada…










