BAHANG pilihan raya negeri (PRN) semakin panas di mana suhu politik negara kembali hangat terutama golongan pemimpin dan tidak kurang juga dalam kalangan masyarakat. Terdapat pemimpin dan penganalisis politik tertentu yang membuat jangkaan Terengganu akan bertukar tangan kepada Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dalam PRN pada 12 Ogos ini. Beberapa perkara yang diperkatakan dan selalu diungkapkan bagi menyokong jangkaan ini ialah Terengganu sebuah swing state, majoriti undi Pas dalam Pilihan…










