WALAUPUN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji resolusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC), dua minggu lalu, tetapi dalam nada sama beliau melahirkan rasa kecewanya terhadap 12 negara yang menentang resolusi tersebut. Resolusi UNHRC yang diusulkan oleh Pakistan pada 12 Julai lalu mendapat sokongan 28 daripada 47 negara mengundi bertujuan membendung kebencian terhadap agama yang mencetuskan hasutan untuk mendiskriminasi, permusuhan atau keganasan ekoran daripada peristiwa pembakaran al-Quran…










