TEGURAN tentang tandas sekolah kotor sehingga arahan dikeluarkan oleh kementerian terbabit mengambil tindakan sewajarnya adalah sesuatu yang sangat dialu-alukan. Namun, arahan susulan agar pelajar ikut mencuci tandas sekolah sebagai pengajaran agar mereka tidak lagi mengambil mudah tentang kebersihan dan keselesaannya menerima reaksi bercampur, yakni ada pihak menyokong dan ada pula sebaliknya. Sehubungan reaksi itu, masing-masing pihak mempunyai dalil yang baik lagi munasabah. Bagi yang menyokong dengan berdasarkan pengalaman lampau mereka…