PERTAMA kali saya mengetahui tentang ‘caping’ adalah menerusi novel Sudara (1994) karya Sasterawan Negara, Datuk Arena Wati. Novel berkenaan yang baharu terbit terus dijadikan teks walaupun tidak dikaji sepenuhnya sewaktu saya mengikuti pengajian di Universiti Malaya dahulu. Saya tertarik dengan usaha gigih watak Raja Hamidah dan Sallehudin melakukan kajian dan penyelidikan mendalam menggunakan caping itu untuk mengetahui asal usul keluarga mereka yang berketurunan Bugis. Salah satu perkara yang amat saya…










