ADAKAH benar jurusan yang diambil di universiti itu semestinya menggambarkan kecerdikan dan taraf keupayaan akademik seseorang? Apa perasaan anda jika terus dianggap tidak mampu untuk mempelajari sesuatu mata pelajaran yang lebih sukar hanya kerana memilih mengambil jurusan dianggap bukan untuk pelajar pintar? Persoalannya, sampai bila kita mahu berterusan mengekalkan stigma sosial sebegini serta tidak mahu berganjak daripada paradigma pemikiran yang sempit dan tidak berasas ini? Perbuatan merendah-rendahkan keupayaan akademik pelajar…










