SAYA pernah menulis satu artikel yang merupakan tulisan saya yang pertama pernah diterbitkan pada 1999. Artikel tersebut bertajuk Mahasiswa pascakrisis yang cuba membincangkan senario gerakan mahasiswa yang responsif kepada gerakan reformasi pada ketika itu dan berhadapan dengan krisis kewangan Asia serta krisis politik negara setelah pemecatan dari kerajaan dan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya membincangkan cabaran gerakan mahasiswa yang bergerak atas lima landasan iaitu menjiwai etika Islamiah; sedar erti…










