SEMUA kita menantikan detik Hari Raya Aidilfitri hadir. Ramadan yang berundur pergi, moga-moga membawa jiwa kita kepada pematuhan hal-hal yang baik dan memiliki hikmah. Dalam kesibukan merancang jadual percutian kembali ke kampung halaman pada musim perayaan ini, perihal keselamatan diri juga harta benda sentiasa menjadi mauduk utama kita. Aspek keselamatan termasuk diri individu dan isi rumah, harta benda, kenderaan, sebagai pengguna lebuh raya mahupun jalan raya sehinggalah kepada isu rangkaian…