ALHAMDULILLAH, kita sudah berada pada 10 Syaaban, hari ini. Ini bermakna kira-kira 19 atau 20 hari lagi kita akan memasuki Ramadan al-Mubarak. Semoga Allah panjangkan umur kita untuk sekali lagi bertemu Ramadan. Ia sebagaimana doa, “Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban, sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.” Syaaban juga satu daripada empat bulan yang dinyatakan Allah SWT sebagai bulan yang dihormati seperti firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah 12 bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa ia mencipta langit dan bumi, di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya