KELESTARIAN alam sekitar ialah kunci kepada kelangsungan kehidupan masa depan. Namun, ramai yang tidak mengambil berat atau terlepas pandang akan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam hal memelihara bumi ini. Bagi sebahagian daripada kita, itu semua sekadar tanggungjawab kerajaan dan badan-badan tertentu sahaja, bukan bagi kita sebagai warga bumi. Hakikatnya, setiap warga dunia mempunyai tanggungjawab besar untuk memelihara alam sekitar agar tidak dicemari atau dirosakkan sama ada secara sengaja mahupun tidak…