LANGKAH kerajaan menubuhkan satu sekretariat tetap sebagai penyelaras pengajian Latihan Pendidikan Vokasional dan Teknikal (TVET) di negara ini adalah tepat pada masanya. Hal ini kerana menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, ketika ini terdapat 12 kementerian berbeza mengendalikan sejumlah 1,295 pusat kemahiran TVET di seluruh negara mengakibatkan berlaku pembaziran peruntukan lebih RM6.7 bilion setiap tahun apabila lebih 6,000 kursus ditawarkan bertindih antara satu sama lain. Tatkala kita memberi penekanan kepada kepentingan bidang TVET sebagai pemacu kerjaya masa hadapan, tidak wajar dibiarkan pertindihan serta pembaziran seperti ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya