“TIADA peguam bela dan peguam cara sepatutnya menerima arahan dalam kes, di mana dia tahu atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kelakuan profesionalnya sendiri berkemungkinan akan dipertikaikan.” – Peraturan 4, Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan dan Etiket) 1978. Tidak sangka, pejam celik sudah 12 tahun saya beramal dalam profesion undang-undang. Profesion elit ini telah banyak mendewasakan saya. Saya berterima kasih kepada ramai mentor atas setiap pengajaran mereka sepanjang beramal. Begitu juga…










