TOKOH awal gerakan Islam seperti Abul Ala al Maududi dan Sayyid Qutb pernah melontarkan wacana pemikiran Islam berkaitan usaha menghidupkan atau mengembalikan semula khalifah Islam dengan memperkenalkan konsep negara Islam. Namun, konsep negara Islam yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh tersebut lebih mirip kepada teokrasi (sistem kerajaan yang menggunakan hukum Islam sebagai dasar pemerintahan negara) yang agak sukar ditegakkan berdasarkan perubahan yang berlaku dalam pemikiran dan kehidupan manusia moden. Pun begitu, idea negara Islam tokoh-tokoh terbabit sangat kuat dan berdekad-dekad lamanya mempengaruhi banyak gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia. Ia menjadi wacana besar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya