SELAMA ini soal pendidikan tanpa ‘roh’ menjadi utama dalam dunia pendidikan. Ini ekoran buku berjudul Kecemerlangan tanpa Roh oleh seorang profesor universiti terkemuka di Amerika Syarikat terbitan 2006. Mengikutnya, universiti tersebut ‘lupa’ akan pendidikan. Ada yang berpendapat bahawa teguran dibuatnya mudah dipanjangkan kepada pelbagai universiti lain. Utama daripada kritikan ini ialah bagaimana tujuan asal universiti untuk menzahirkan insan serta warganegara bertanggungjawab telah terpesong. Soal akhlak serta moral nampaknya tidak dipedulikan dan gagal memberi sebaik-baik pendidikan. Tambahan pula ini membantut pertumbuhan sebagai seorang berhemat. Maksudnya, iltizam pendidikan terus tercabar umpama pendidikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya