SEORANG ahli Parlimen pembangkang menjadikan isu tidak ramai anggota Kabinet mendengar perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, petang 15 Februari lalu. Bagi beliau, apa yang berlaku di Dewan Rakyat adalah pertama kali dalam sejarah di mana seolah-olah pandangan Ketua Pembangkang tiada nilai langsung di pihak kerajaan berdasarkan kekosongan kerusi blok anggota Kabinet sewaktu Ketua Pembangkang berucap. Kehadiran dan ketidakhadiran di Parlimen…










