KESATUAN Eropah (EU) pada 6 Disember lalu mempersetujui satu undang-undang baharu bagi memastikan barangan yang memasuki pasarannya seperti produk-produk komoditi termasuk sawit tidak lagi menyumbang kepada penebangan hutan dan degradasi hutan. Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan apabila dikuatkuasakan kelak dijangka meningkatkan kos pengeluaran dan membebankan negara-negara seperti Brazil, Indonesia dan Colombia. Memetik kenyataan Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir pada 13 Disember lalu,…










