SEBAGAI wartawan yang sering membuat liputan tugasan di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), melihat pesawat bersaiz gergasi bukanlah asing. Setiap kali menaip berita di anjung tinjau terminal utama KLIA, pesawat A380 keluaran firma Airbus sentiasa menjadi tumpuan bagi ‘merehatkan’ mata saya akibat penat melihat skrin komputer riba. Para pengunjung yang berlegar di anjung ini juga tidak melepaskan peluang berswafoto bersama-sama rakan atau keluarga dengan latar belakang ‘wajib’ ada pesawat tersebut. Meskipun ia diletakkan di pekarangan terminal satelit, ramai mungkin tidak tahu yang pesawat gah itu sebenarnya ‘tersadai’ tanpa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya