KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bukan sahaja menumbangkan kerajaan campuran pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Malah, beberapa nama besar tumbang dan ‘gelombang’ turut melanda negara apabila tiada gabungan parti yang mampu menubuhkan kerajaan. Beberapa hari negara dibadai arus politik tanpa pemimpin mengemudikannya. Namun, akhirnya kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu berjaya membantu meredakan gelora politik sebelum ia menjadi gelombang lebih ganas dengan melantik nakhoda baharu, Datuk Seri…










