INFLASI yang sedang berlaku bersifat global. Ia akibat dari satu segi oleh pakej rangsangan fiskal yang kuat untuk menyuntik permintaan agregat sewaktu berlaku kemelesetan agak dalam. Dari segi lain oleh gangguan bekalan barangan dan perkhidmatan akibat peperangan di Ukraine dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di China. Negara-negara kuasa utama dunia seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, China, Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dan sebagainya telah mengambil tindakan agresif merangsang ekonomi…










