BANK Negara Malaysia (BNM) pada 11 November lalu mengumumkan ekonomi negara tumbuh pada kadar 14.2 peratus (%) di suku tahun ketiga. Pengumuman ini mungkin mengejutkan banyak pihak walaupun 22 penganalisa ekonomi antarabangsa meramalkan ekonomi negara akan tumbuh pada 11.7% di suku ketiga. Kadar pertumbuhan 14.2% mungkin dilihat terbaik sewaktu dunia sedang berhadapan kegawatan ekonomi yang sengit. Sebenarnya Malaysia telah keluar daripada kegawatan setelah mengalami kadar pertumbuhan negatif sejak Mac 2020,…










